Tips mengatasi masalah stress anak

Ibu  ayah boleh buat beberapa perkara di bawah ini untuk meleraikan masalah stress anak-anak.

.

Jangan ingat orang dewasa sahaja yang mengalami masalah stress, anak-anak juga tidak terkecuali.Mungkin ia terjadi disebabkan pergaulan sesama rakan, persekitaran kehidupan, masalah keluarga dan mungkin juga berkaitan dengan masalah emosi yang tidak stabil. Ibu ayah jangan pandang remeh isu stress ini.

.

Jika melihat anak terdorong untuk mendapat stress cepat-cepat ambil tindakan seterusnya. Apakah tindakan yang ibu ayah boleh lakukan bagi mengatasi masalah stress dalam kalangan anak-anak:

.

  1. Ajar anak cara untuk meleraikan suatu masalah

Mungkin anak stress disebabkan tidak dapat menyelesaikan suatu masalah. Mereka belum cukup matang untuk membuat sebarang keputusan. Jadi ibu ayah adalah pendorong utama untuk membantu anak menyelesaikan masalah. Ibu ayah boleh ajar anak cara untuk membahagikan masa (belajar, bermain) dan sebagainya.

.

  1. Bagi masa anak untuk berehat

Jangan terlalu push anak. Jika nampak mereka agak keletihan balik dari sekolah jangan paksa mereka untuk melakukan perkara lain. Berikan masa untuk mereka berehat. Ini kerana di sekolah mungkin mereka telah melakukan banyak perkara, ditambah pula waktu petang menghadiri kelas-kelas agama. Jadi waktu siang anak sangat pack.

.

  1. Didik anak supaya sentiasa fokus dan tenang

Jika nampak anak senyap, termenung, ibu ayah boleh bawa mereka keluar untuk menenangkan fikiran. Bawa mereka melakukan aktiviti yang mereka sukai. Dari situ mereka akan belajar cara untuk fokus dan menguruskan emosi dengan baik.

.

Bantulah anak sebaik mungkin untuk menguruskan masalah stress dengan baik. Jika masih berlarutan carilah pakar yang professional untuk memberikan nasihat.

Semoga bermanfaat.