Eratkan hubungan anak bersama ibu dan ayah

Jom eratkan  hubungan dengan anak, ibu ayah patut cuba praktikkan tips di bawah ini…

Kadang kita terlepas pandang hal anak-anak, maklumlah sibuk bekerja. Jadi bagaimana cara untuk menjernihkan kembali hubungan yang sudah suram agar kembali manis bersama anak-anak?

.

Mudah saja, cuba ibu ayah praktikkan tips berkesan ini.. Admin percaya, pasti hasilnya juga memberangsangkan.. Hubungan yang dulu suram, bakal manis sepanjang masa.

Antara perkara yang boleh ibu ayah buat ialah:

  1. Beri sepenuh perhatian kepada anak.
  2. Sentiasa memberi support kepada anak, lebih-lebih lagi jika anak melakukan perkara yang mereka sukai.
  3. Sentiasa memuji anak. Anak suka akan pujian, jika kita kerap memberikan pujian hati anak juga bertambah lembut. Ini kerana mereka merasakan ibu ayah sentiasa ada dengan mereka.
  4. Sentiasa meluangkan masa buat mereka. Sesibuk mana pun ibu ayah, jangan sesekali kedekut masa buat anak-anak. Luangkan masa walau sekejap dengan mereka. Itulah yang mereka hargai.
  5. Jauhkan daripada sebarang gangguan telefon bimbit dan sebagainya. Fokuslah dalam melayani kerenah anak-anak.

Anak-anak tidak perlu mewahkan dengan wang ringgit, tapi mewahkan dengan layanan dan masa buat mereka. Apabila mereka dewasa kelak, ada momen indah yang boleh dikenang sampai bila-bila.

.

Rebutlah peluang ini wahai ibu ayah.. Masa tidak akan menunggu kita, tetapi kitalah yang perlu menggunakan masa dengan sebaiknya.

Semoga bermanfaat.