Pasti ibu ayah pernah dengar “DISLEKSIA” tapi tidak pernah mengetahui secara menyeluruh.
Disleksia adalah masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku terhadap kanak-kanak. Mereka sukar menguasai pembelajaran walaupun sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukannya.
Kita nampak kanak-kanak DISLEKSIA ini normal, tetapi cara otak mereka berfungsi berbeza dengan kanak-kanak lain dari segi menghubungkan simbol visual dan bunyi. Antara masalah yang sering dihadapi kanak-kanak DISLEKSIA seperti:
- Mengeja
- Mengira
- Membaca
- Mengenal huruf dan nombor
Bukanlah semua anak-anak didiagnosis mempunyai DISLEKSIA, hanya 4% – 8% sahaja yang mengalaminya.
Ibu ayah boleh mengesan tanda-tanda awal seperti:
- Anak lambat bertutur
- Sukar mengenal bentuk dan warna
- Sukar menyebut suku kata
- Membaca dan menulis dalam keadaan terbalik (contoh: “b” dengan “d” , “6” dengan “9”)
- Sukar mengingati atau mudah lupa
- Keliru dengan konsep masa seperti “semalam”, “hari ini” dan “esok”.
- Sukar mengikat tali kasut
Ibu ayah tidak perlu risau jika ada antara anak yang tergolong sebagai DISLEKSIA. Mereka normal, cuma mereka mengalami masalah pembelajaran sahaa.
Jadi, apa yang perlu ibu ayah lakukan?
Berusaha untuk mendidik mereka, jangan mudah marah terhadap mereka, ini kerana mereka agak “slow”, berikan mereka masa.
Jumpa pakar untuk mendapatkan nasihat.
Semoga bermanfaat.