Sedia maklum bahawa wabak Covid-19 semakin mengganas dan sangat bahaya. Jadi, kita perlu berjaga-jaga, dan jika tidak ada keperluan duduk sahaja di rumah.
.
Elakkan daripada membawa anak ke tempat ramai orang. Nak selamat duduk sahaja di rumah, jadi untuk menghilangkan rasa bosan anak-anak ketika di rumah ibu ayah boleh cipta aktiviti yang bermanfaat.
.
At least, waktu mereka diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Sambil melakukan aktiviti sambil belajar perkara yang baru. Antara aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak termasuk:
.
- Didik anak untuk menguruskan diri
Jika ibu ayah membiasakan anak untuk menguruskan diri, sedikit sebanyak dapat memantapkan skil anak-anak. Jangan terlalu sayangkan anak sehingga menghalangi mereka untuk melakukan sendiri.
.
- Potty training
Mungkin inilah masa yang sesuai untuk ibu ayah melatih anak untuk tidak memakai lampin pakai buang. Pastikan anak bersedia untuk melakukan potty training. Ibu ayah juga perlu sabar tatkala melatih anak-anak.
.
- Mengawal tingkah laku anak
Anak ada bermacam perangai, kejap suka menangis, kejap suka melasak dan lain-lain. Inilah waktu yang paling sesuai untuk ibu ayah mengawal tingkah laku anak-anak dengan cara memberi sedikit kebebasan buat mereka melakukan hobi kegemaran mereka. Jika anak menangis biarkan, lama-lama mereka akan senyap dengan sendiri.
Mungkin itulah cara anak untuk meluahkan perasaan mereka. Ibu ayah perlu bersabar melayan kerenah anak-anak.
.
Ciptalah aktiviti yang bermanfaat buat anak-anak. Semoga bermanfaat.