7 perkara Bakal Buat Anak Berasa Selesa Dengan Ibu Ayah..

Anak-anak sifatnya lembut dan mudah terasa. Ibu ayah perlu sentiasa berhati-hati dalam berkomunikasi dengan anak, kelak akan mudah membuatkan mereka cepat terasa tanpa sedar.
.
Luahannya, hanya pada kelakuan mereka. Sukar melafazkan tetapi lebih mudah untuk menyatakan rasa protes dengan kelakuannya. Anak berasa selesa, ibu ayah akan selesa jika buat beberapa perkara ini:

  • Sentiasa senyum ketika bersama anak.
  • Sentiasa memberi keutamaan kepada anak berbanding perkara lain.
  • Sentiasa menyayangi dan memberi sepenuh perhatian buat mereka.
  • Sentiasa memandang muka anak apabila berkomunikasi.
  • Sentiasa sabar melayan kerenah mereka.
  • Sentiasa menjadi tulang belakang mereka.
  • Sentiasa support dan berikan semangat dalam apa jua yang mereka lakukan.

Anak perlukan kekuatan dari ibu ayah. Tanpa ibu ayah siapalah mereka.