Anak kurang minat membaca, jom cuba tips berkesan ini..
Admin tahu ramai ibu ayah berusaha mendidik anak menjadi insan cemerlang. Cemerlang dari segi peribadi dan tidak kurang juga dalam akademik.
.
Tapi, tidak semua anak mahu mengikuti apa yang diajari oleh ibu ayah. Kadang ada perkara yang mereka kurang gemar untuk melakukannya.
Contohnya, kurang minat dalam membaca. Ibu ayah sedaya upaya mengajar anak membaca, malangnya anak tidak mahu fokus dan suka melakukan aktiviti lain selain membaca.
.
Apa kata, ibu ayah terapkan beberapa tips ini dalam kalangan anak-anak :
✅ kerap menceritakan kisah menarik dari buku.
✅ kerap menghadiahkan buku berbanding barang mainan.
✅ kurang memberikan anak bermain gadget.
✅ kerap memberikan pujian kepada anak jika mereka lancar membaca.
Sebenarnya usaha yang dilakukan ini perlu disertai dengan kesabaran tinggi. Ibu ayah tidak perlu memaksa anak, sebaiknya guna pendekatan yang mudah untuk anak ikuti.
Inshallah, lama-kelamaan anak lebih mudah membaca dan minat anak terhadap buku semakin meningkat setiap hari.
Semoga bermanfaat.